malam,
ditemani memori hari,
menyemai usaha bakti,
mengimpi lakaran seri.
namun,
segalanya fantasi,
yang dikejar tak dikecapi,
terhalang segala mimpi.
insan dipuncak yang tinggi,
dek kerana hati dan emosi,
manusia lain kau ketepi,
demi membolot serba serbi.
1.50am
institut biosains
4 comments:
Orang-orang besar berhentilah berkelahi
Saling maaf-memaafi
Agar
Orang-orang kecil bersenang hati
kerana orang-orang besar boleh dicontohi
=)
hasad dan dengki,
sakit dan iri hati,
berkelahi tiada henti,
selamanya tidak akan pergi
andai manusia tidak menjauhi.
terbit sekelumit sesalan dalam diri ini,
mereka yang saling membenci,
kita yang dimaki.
kecewa dengan sikap mereka.
lirik lagu keeeww? ngeh3 .
wah.. koi ada bakat jd penulis lirik lagu la cmni ek.. huehuehue
Post a Comment